Contoh yang biasa kita dengar – pergi Mekah sebab nak berdoa biar anak lulus exam, nak mengandung, nak bertemu jodoh dan nak kaya.
Macam mana kalau anak tak lulus?
Sekali tu je la kot Makcik pergi Mekah, terus taknak pegi lagi sebab hasrat tak tercapai. Kerana niat nak pergi tu pun semata-mata nak dapatkan sesuatu.
Kalau anak lulus pulak, maka lepas tu asal ada hajat je pergi Mekah, asal ada hajat gi Mekah. Dah jadi macam satu kepercayaan keramat pulak.
Kalaulah betul Allah hanya tunaikan permintaan sesiapa yang berdoa kat depan Kaabah, bermakna Allah tak adil malah kejam untuk hambaNya yang tak mampu ke sana.
Tapi hakikatnya Allah tak kejam macam tu.
Dapatkan pewangi kereta Uzungol Garden dari RareTV x Keef & Nish Limited Edition. Hanya RM10 sahaja dan boleh dibeli di Shopee Keef & Nish
Tak ada yang salah nak ke sana untuk berdoa mengharapkan sesuatu.
Saya sendiri kalau boleh nak pergi selalu dan ramai yang kirimkan doa. Tapi saya kesian kat orang-orang yang letakkan syarat makbul doa, kena berdoa di Mekah melebihi dari yakin kepada Allah tu sendiri.
Betul, memang ada tempat mustajab berdoa kat Mekah, tapi kalau kat situ je kita beria-ia, balik Malaysia solat tak jaga, doa asal sempat, apalah ertinya.
Kalaulah macam tu punya senang formulanya, dah tentu semua orang Arab jadi manusia paling beruntung dalam dunia.
Paling kaya.
Paling pandai.
Paling banyak anak.
Paling sihat takada penyakit langsung.
Paling berjaya.
Depa tak payah buat apa-apa, kerjanya masuk Mekah, berdoa sebab asal mintak, dapat.
Tu pasal kalau pi Jabal Rahmah, kat tiang tu bersepah-sepah tulis nama.
Nor dan Junid
Heryanto dan Dewi
Ahmad dan Siti
Dah jadi syirik tanpa sedar. Sebab percaya kalau berdoa kat atas tu boleh dapat jodoh.
Siap tulis nama sekali. Lain kali ce tulis sekali nombor henfon mana tau cepat sikit jodoh tu sampai.
Jika berminat dengan merchandise RareTV — kami ada jual di sini. Ada mug, t-shirt, hoodies, mask pun ada. Seluruh keuntungan hasil jualan akan disalurkan ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).
Selama jadi mutawwif ke sana dulu. Saya melihat di Mekah tu sendiri ada tanda-tanda kesyirikan.
Nak dapat jodoh, kena panjat bukit Jabal Rahmah tu untuk berdoa, cium kiswah, simpan cebisan kiswah, berebut-rebut nak solat kat dalam gua Hira’ segalanya ada.
Macam-macam.
Dan salah satunya kesyirikan adalah bila meletakkan keyakinan makbulnya doa pada Kaabah melebihi Allah itu sendiri.
Tu pasal dulu ada viral kejap bisnes servis berdoa depan Kaabah. Konfem makbul katanya. Sebab apa muncul bisnes-bisnes pelik macam ni? Sebab kita salah faham the whole concept.
Kita kata orang tu penunggang agama padahal kita pun jadi penunggang agama. Kita sendiri gunakan agama untuk mencapai keinginan dunia kita.
Kan ke sama je dengan dorang tu semua? Takde beza.
Done part one. Nak sambung part two tak?
Mutawif Rare, Shauqi Hasan
Rarecation menyediakan pakej umrah 12 hari dan 10 malam. Kalau anda join pakej umrah kami, anda akan berpeluang solat Jumaat 2 kali di sana. Kami juga ada Pengisian Manasik dan Maqasid Pengisian Al-Quran dan Sunnah dalam siri Kuliah Dhuha dan Table Talk. Kelengkapan umrah, khidmat jurugambar profesional dan travel insurance juga disediakan. Kami akan sana pada 30 Nov – 11 Dec 2022 dan 20 Dec – 31 Dec 2022. Boleh klik di LINK INI untuk dapatkan info lanjut mengenai pakej Umrah kami.