Iceland bukan sahaja terkenal untuk gunung berapi, hot springs dan glasier je. Air terjun kat sini pun semuanya cantik- cantik.
Kali ini kami nak kongsikan tempat air terjun yang korang mesti visit di South Coast Iceland.
- Urriðafoss
Peserta Rarecation di Urridafoss Waterfall
Urriðafoss ialah air terjun yang terletak di sungai Þjórsá di south west Iceland. Dengan kadar aliran 360 m³/s, ia mempunyai aliran air purata tertinggi berbanding mana-mana air terjun di Iceland, dan kedua tertinggi di Eropah selepas Rheinfall. Air terjun ni tak tinggi, hanya 6 meter je tetapi dia lebar membuat dia hampir hilang pada musim sejuk disebakan ais yang membeku.
- Gullfoss
Peserta Rarecation di Gulfoss Waterfall
Salah satu air terjun yang iconic di Iceland. Anda boleh tengok air terjun ni dari atas dan menampakkan seperti air terjun ni mengalir ke bawah tanah. Gullfoss ni juga boleh tengok dari beberapa viewpoints so boleh tengok dari angle berlainan.
Boleh dapatkan pewangi kereta Uzungol Garden dari RareTV x Keef & Nish Limited Edition. Hanya RM10 sahaja dan boleh dibeli di Shopee Keef & Nish
- Skógafoss
Peserta Rarecation di Skogafoss Waterfall
Uniknya Skógafoss ialah sumber air terjun ni datang dari dua glasier iaitu Eyjafjallajokull dan Myrdalsjokull. Kalau anda panjat puncak air terjun ni anda akan dapat tengok view pantai south Iceland. Masa musim sejuk disarankan datang malam sebab berpeluang boleh tengok the Northern Lights sekali!
- Seljalandsfoss
Peserta Rarecation di Seljalandsfoss WaterfallTak dinafikan sebagai air terjun paling popular di Iceland. Seljalandsfoss ni anda boleh jalan di belakang air terjun tu. Menarik kan? Kalau pada hari siang saat matahari cantik, boleh nampak pelangi sekali. Pastikan anda bawa baju lebih sebab memang akan basah kuyup nak jalan ke belakang air terjun ni.
- Gljúfrabúi
Peserta Rarecation di Gljúfrabúi Waterfall
Bersebelahan dengan Seljalandsfoss, Gljúfrabúi dikenali sebagai the hidden waterfall. Air terjun hanya nampak bahagian atasnya sahaja dari jauh kerana ditutup oleh batu besar. Cara untuk sampai ke air terjun ni agak bahaya sebab ada dua jalan sahaja. Sama ada melalui sungai ke dalam atau mendaki laluan di lereng bukit. Gljúfrabúi mengalir turun ke dalam sebuah gua kecil dengan cahaya mencurah dari atas. Satu pemandangan yang sangat rare yang mesti dilihat!
Ada banyak lagi tempat menarik di Iceland ni yang confirm menawan hati anda. Trip Iceland kita akan berkunjung ke tiga dari lima yang disebutkan di atas dan beberapa tempat yang lain lagi. Kita boleh meneroka landskap dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik. Boleh klik di sini untuk dapatkan info lanjut dan itinerary trip South Iceland Adventures.
Jika berminat dengan merchandise RareTV — kami ada jual di sini. Ada mug, t-shirt, hoodies, mask pun ada. Seluruh keuntungan hasil jualan akan disalurkan ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).